PENGENALAN

Intervensi Awal dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas


Perkhidmatan intervensi awal ialah istilah yang digunakan terhadap sokongan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan keadaan kesihatan yang boleh menganggu perkembangan kanak-kanak. Misalnya kanak-kanak yang mengalami kecacatan semasa kelahiran atau dikesan mengalami ketidakupayaan seperti down sindrom, palsi serebrum, masalah penglihatan, masalah pendengaran.

Suatu perkhidmatan intervensi awal bergantung kepada penilaian keperluan kanak-kanak dan keluarga. Misalnya kesediaan anak dari segi perkembangan. Faktor kesihatan anak juga akan diambil kira seperti adanya sebarang alahan dan lain-lain penyakit. Perkhidmatan intervensi awal yang lazimnya diterima oleh kanak-kanak dan keluarga ialah terapi pertuturan, terapi cara kerja, fisioterapi, pemakanan dan lain-lain.

Intervensi awal berlaku sebelum kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan. Pada ketika ini, fokus intervensi awal meningkatkan perkembangan anak dalam pelbagai aspek seperti kemahiran komunikasi dan sosial, fizikal, pengurusan diri, pengurusan tingkah laku, dan praakademik.

Kisah Kami

Tokoh-Tokoh Masyhur

  • Sindrom Down

    Jangan mengambil kira ketidakupayaan kami, tetapi kira keupayaan kami.
    Chris Burke, 1965-kini
    New York, United States | Pelakon & Penyanyi
  • Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD)

    Semua orang ialah bijak. Namun jika kita menilai ikan dengan memanjat pokok dia akan percaya dirinya bodoh seumur hidup.
    Albert Einstein, 1879-1955
    Ulm, Jerman | Ahli Teori Fizik
  • Palsi Serebrum

    Jiwaku bertutur menerusi seni dan buat pertama kalinya dunia mendengar suara ku.
    Daniel Keplinger, 1973-kini
    Maryland, Amerika Syarikat | Artis
  • Penyakit Jarang Jumpa

    Kebijaksanaan ialah satu kebolehan untuk menyesuaikan dengan perubahan.
    Stephen William Hawking, 1942-2018
    Oxford, England | Ahli fizik & kosmologi
  • Masalah Penglihatan

    Perkara yang paling indah di dunia tidak dapat dilihat dan disentuh tapi dirasai dengan hati.
    Helen Keller, 1880-1968
    Alabama, Amerika Syarikat | Penulis & Aktivis
  • Masalah Pendengaran

    Walaupun saya hampir pekak, saya dianugerahkan kebolehan mendengar bunyi yang tidak didengari orang lain.
    Thomas Edison, 1847-1931
    Ohio, Amerika Syarikat | Pencipta AmerikaTerhebat
2 April 2019

[Utusan Online] Perbaharui butiran kad OKU pembelajaran mulai 1 Mei

IPOH 2 April – Ibu bapa mahupun penjaga yang memiliki anak autisme boleh memperbaharui kategori ketidakupayaan pembelajaran yang tertera dalam kad orang kurang upaya (OKU) anak […]
8 February 2019

[Astro AWANI] Perkhidmatan intervensi awal yang sistematik dan komprehensif perlu dibangunkan

SEORANG ibu meminta nasihat daripada saya melalui Personal Messenger: “Doktor, cikgu kelas Pendidikan Khas anak saya komplen tentang anak saya. Semasa cikgu sibuk membantu murid-murid lain […]
13 July 2016

[Doktor Budak] Anak saya lewat perkembangan?

Q: Doktor, mohon penerangan tentang maksud sebenar lewat perkembangan? Bilakah yang dikatakan seseorang bayi itu lewat perkembangannya? Anak saya berusia 1 tahun 4 bulan dan masih […]
Kit Ibu Bapa