Anak Berkeperluan Khas (ABK)

Pengenalan

  • Panduan Anak Berkeperluan Khas ke Sekolah (ABK) merupakan kursus dalam talian yang memberi panduan persediaan sebelum anak memasuki sekolah rendah
  • Kursus ini ditawarkan secara percuma untuk semua warga Malaysia, terutamanya untuk ibu bapa kepada anak berkeperluan khas yang berumur 7 tahun ke bawah

Objektif

  • Menyalurkan maklumat mengenai tatacara kemasukan anak ke sekolah
  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa mengenai kepentingan intervensi awal kepada Anak Berkeperluan Khas (ABK)

Topik

  • Terdapat 5 topik dalam kursus ini:
1
Kepentingan Anak Berkeperluan Khas Ke Sekolah
2
Kepentingan Intervensi Awal
3
Opsyen Pendidikan Anak Berkeperluan Khas
 
4
Kesediaan ke Sekolah
5
Kerjasama Ibu Bapa dan Sekolah
 

Panduan untuk mendaftar:


  1. Lawat OpenLearning
  2. Daftar akaun OpenLearning
  3. Log masuk
  4. Pilih kursus "Panduan Anak Berkeperluan Khas ke Sekolah"
  5. Klik butang "Sertai sekarang"
Font Resize
Contrast