
Pengenalan
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif ialah suatu kecelaruan tingkah laku. Kanak-kanak yang mengalami ADHD mempunyai perkembangan otak yang berbeza berbanding dengan rakan sebaya yang lain. Hal ini menyebabkan kanak-kanak sukar dikawal tingkah laku mereka. ADHD lazimnya berlanjutan sehingga dewasa.
Kecelaruan tingkah laku ADHD melibatkan gabungan simptom seperti :
- Daya tumpuan singkat
- Kesukaran menumpukan perhatian.
- Hiperaktif
- Pergerakan dan aktiviti berlebihan.
- Impulsif
- Melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba mengikut gerak hati.
Kisah kami
Ciri-Ciri Kanak-Kanak ADHD
Daya Tumpuan Singkat

- Selalu salah meletak barang atau barang mudah hilang
- Selalu sukar memberi tumpuan, cuai dalam tugasan
- Selalu lupa dalam aktiviti harian dan pengurusan diri
- Selalu menghadapi kesukaran mengekalkan tumpuan
- Selalu mengalami kesukaran merancang tugasan dan aktiviti
- Selalu tidak mengikut arahan dan tidak dapat menyiapkan tugasan
- Selalu kelihatan terganggu dan tidak mendengar apa yang diberitahu
- Selalu mengelak dan enggan terlibat dalam aktiviti yang memerlukan berfikir
Hiperaktif

- Bercakap tanpa henti
- Selalu mengelak berada dalam situasi yang perlu duduk
- Selalu berlari dan memanjat dalam keadaan yang tidak sesuai
- Sukar mengikuti peraturan permainan apabila bermain bersama rakan
- Sukar untuk duduk diam (Contoh: Sentiasa mengetuk jari tangan dan menghentak kaki ke lantai)
- Sukar untuk duduk lama di sesuatu tempat dan keadaan; tunjuk rasa tidak selesa
Impulsif

- Sukar menungu giliran dalam barisan
- Tidak sabar menunggu giliran bercakap semasa dalam perbualan
- Mudah mencelah perbualan atau mengganggu aktiviti orang lain
















Proses Saringan dan Diagnosis
Ibu bapa berjumpa dan berbincang dengan pegawai perubatan mengenai keadaan anak. Pegawai perubatan akan menulis surat rujukan untuk temu janji dengan Pakar Kanak-Kanak, Pakar Psikiatri atau Ahli Psikologi Klinikal (Clinical Psychologist).

Peratusan Anak yang Mempunyai ADHD Beserta Kondisi Lain
Kanak-kanak ADHD mungkin mempunyai kondisi lain. Keadaan kondisi lain mungkin dapat dikenal pasti sejurus didiagnosis atau semasa pemantauan perkembangan oleh Pakar Kanak-Kanak, Pakar Psikiatri dan Ahli Psikologi Klinikal.
Cadangan Intervensi untuk Anak - Anak yang Mengalami ADHD
Intervensi atau sokongan kepada kanak-kanak ADHD tidak boleh bergantung kepada satu perkhidmatan atau terapi.
Intervensi kanak-kanak ADHD lazimnya melibatkan gabungan;
- Pengurusan Tingkah Laku
- Peranan Ibu bapa & Guru
- Ubat (farmakoterapi)

Pengurusan Tingkah laku

Peranan Ibu Bapa

Ubat-ubatan
- Mengubah suai persekitaran yang menganggu
- Meningkatkan tingkah laku positif dan menangani tingkah laku mencabar kanak-kanak.
- Mengukuhkan peneguhan dan ganjaran supaya anak boleh mengikuti rutin harian dengan lebih baik.
- Memerlukan konsistensi dan kerjasama individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti ibu bapa, ahli keluarga atau guru.
- Saling berkerjasama memberi sokongan yang diperlukan seperti dalam pengurusan tingkah laku dan menyiapkan tugasan
- Mengenal pasti kesukaran anak dan menyokong keperluan dan kekuatan anak
- Ada dalam kalangan kanak-kanak ADHD yang memerlukan ubat-ubatan untuk membantu meningkatkan tumpuan dan tingkah laku positif.
- Pemberian ubat hanya boleh dipreskripsi oleh Doktor Pakar Psikiatri sahaja.
Rujukan
- American Psychiatric Association: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th edition. Arlington, VA., American Psychiatric Association, 2013.
- Danielson ML, Bitsko RH, Ghandour RM, Holbrook JR, Kogan MD, Blumberg SJ. Prevalence of parent-reported ADHD diagnosis and associated treatment among U.S. children and adolescents, 2016. Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology. 2018, 47:2, 199-212.
- Danielson ML, Bitsko RH, Ghandour RM, Holbrook JR, Kogan MD, Blumberg SJ. Prevalence of parent-reported ADHD diagnosis and associated treatment among U.S. children and adolescents, 2016. Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology. 2018, 47:2, 199-212.