Filem mengenai Kekurangupayaan

Filem yang mengisahkan hubungan kanak-kanak pintar, Auro dengan bapanya Amol. Auro yang menghidapi penyakit jarang jumpa, Progeria bertemu buat kali pertama dengan bapanya pada usia 12 tahun. Apabila kesihatan Auro semakin merosot pada usia 13 tahun, beliau berhasrat untuk menyatukan ibu dan bapa.

Sebuah biografi kehidupan Hellen Keller semasa kecil bersama gurunya Anne Sullivan. Hellen Keller jatuh sakit semasa kecil dan menyebabkan beliau kehilangan penglihatan dan pendengaran. Hellen Keller sentiasa menunjukkan tingkah laku mencabar kerana tidak memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Buntu untuk mendidik Hellen Keller, Anne Sullivan dipanggil oleh keluarganya untuk mendidik Hellen Keller.

Ishan Awasthi dihantar ke sekolah asrama disebabkan pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa Ishan yang mementingkan pencapaian akademik tidak mengetahui keadaan Ishan tidak mampu mengikut pelajaran seperti rakan sebaya disebabkan disleksia. Keadaan menjadi semakin teruk di sekolah asrama. Guru seni Ishan, Ram Shankar Nikumbh menyedari Ishan mempunyai disleksia mula berusaha memberi sokongan yang diperlukan oleh Ishan.

Filem yang mendokumentasikan kehidupan awal saintis terkenal, Profesor Stephen William Hawking yang didiagnosis menghidapi penyakit neuro motor, Amyotrophic Lateral Sclerosis. Pada masa yang sama, beliau bergelut sebagai pelajar PhD di Universiti Cambridge. Tidak mengenal erti putus asa walaupun doktor menyatakan beliau hanya boleh hidup selama 2 tahun, Stephen Hawking terus berjuang dan berjaya membuktikan penemuan Big Bang Theory.

Temple Grandin, seorang wanita yang mengalami autisme merupakan saintis terkemuka dalam industri penternakan. Filem ini membawa penonton melihat cabaran yang dihadapi Temple Grandin semasa kecil yang mana pada ketika itu autisme dianggap sebagai masalah mental. Namun begitu, ibu Temple Grandin tidak berputus asa dan terus menyokong sehinggalah Temple Grandin mula memasuki universiti dan akhirnya memberi sumbangan besar dalam teknologi penternakan.

Amberley Snyder seorang pelumba rodeo kebangsaan di Amerika Syarikat. Amberley mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia lumpuh bahagian bawah badan. Doktor meminta Snyder melupakan sukan rodeo kerana dia tidak dapat kembali berjalan. Tidak berputus asa dengan keadaan dirinya, Snyder kembali beraksi dalam perlumbaan selepas 18 bulan kemalangan.

Filem yang menceritakan kehidupan seorang wanita mengalami Sindrom Tourette, Sindrom Tourette menyebabkan Naina sentiasa mengalami motor tics iaitu pergerakan yang tidak dapat dikawal di bahagian muka, mulut, mata, kepala, bahu dan leher. Tingkah laku motor tics menyebabkan Naina dianggap aneh dan dipulaukan orang sekeliling. Filem ini menceritakan cabaran Naina sebagai seorang guru. Pada awal filem, Naina berusaha meyakinkan pentadbir agar tidak membuang sekumpulan murid kerana beliau melihat potensi mereka.