GENIUS Kurnia

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal GENIUS Kurnia

GENIUS Kurnia ialah sebuat pusat intervensi awal kepada kanak-kanak yang mengalami autisme.

Mula beroperasi pada tahun 2015, GENIUS Kurnia memberikan perkhidmatan intervensi awal berkualiti kepada kanak-kanak yang mengalami autisme sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Sejak tahun 2018, GENIUS Kurnia mula meluaskan kepakaran kepada kekurangupayaan lain seperti palsi serebrum, sindrom down dan masalah penglihatan.

Perkhidmatan GENIUS Kurnia terdiri daripada program intervensi awal dan program prasekolah.

GENUS Kurnia mengaplikasi strategi intervensi berasaskan penyelidikan dan secara naturalistik. Strategi dijalankan oleh perkhidmatan ahli kumpulan pelbagai transdisiplin seperti Pegawai Pemulihan Perubatan Cara Kerja, Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Pembangunan Masyarakat. Di samping itu penglibatan aktif oleh ibu bapa juga merupakan satu strategi intervensi. Ibu bapa akan dibantu oleh pegawai intervensi supaya mampu meneruskan intervensi di rumah. Selain memfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak, GENIUS Kurnia giat mengadakan latihan dalaman serta secara dalam talian. Hal ini supaya pendidikan dan perkhidmatan intervensi awal dapat diakses oleh semua pihak agar perkhidmatan intervensi awal mampu berada sebaris dengan negara maju.

Layari https://iautism.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan GENIUS Kurnia

parallax background
 

Pada 30 Mei 2018, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, Bahagian PERMATA, telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju supaya nama Bahagian PERMATA ditukar kepada Bahagian GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus.

Mesyuarat Majlis Program PERMATA Bil.1 Tahun 2019 telah bersetuju untuk menjenamakan GENIUS Kurnia kepada Centre of Excellence on Early Education atau Pusat Kecemerlangan Intervensi Awal Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia berpendirian bahawa dalam memastikan anak-anak berkeperluan khas tidak ketinggalan dalam arus pendidikan, kepakaran GENIUS Kurnia diluaskan dengan turut memberi intervensi awal bagi lain-lain kekurangupayaan.

 

Intervensi awal amat penting untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran asas yang akan meningkatkan aspek perkembangan mereka seperti fizikal, pengurusan diri , kemahiran sosial dan pra akademik. Sehubungan itu, semua kanak-kanak berkeperluan khas tidak boleh ketinggalan daripada menerima intervensi awal yang komprehensif.

GENIUS Kurnia membangunkan laman intervensi awal ini agar ibu bapa yang mengalami anak berkeperluan khas mempunyai akses maklumat mengenai perkembangan dan keadaan anak mereka. Terdapat enam keadaaan kekurangupayaan yang difokuskan iaitu :




Kandungan laman sesawang yang ringkas dan padat dalam Bahasa Melayu ini diharapkan memberi manfaat terutamanya kepada ibu bapa, guru-guru, ahli terapi serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perkhidmatan intervensi awal.

Font Resize
Contrast