Lawatan

Prosedur Permohonan Lawatan

 

Pengenalan

Anda dijemput melawat ke Pusat GENIUS Kurnia. Pelawat berpeluang melawat bilik intervensi, kelas pembelajaran, gimnasium dan infrastruktur lain yang terdapat di GENIUS Kurnia bagi memahami perkhidmatan intervensi awal. Selain itu, pelawat juga boleh mempelajari Amalan Berasaskan Bukti (Evidence-Based Practices) untuk kanak-kanak autisme dan kekurangupayaan.

Maklumat Lawatan

  1. GENIUS Kurnia menerima hanya satu kumpulan pelawat setiap bulan.
  2. Maksimum hanya 20 orang dibenarkan bagi setiap kumpulan pelawat.
  3. Kanak-kanak dan individu di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menyertai lawatan di GENIUS Kurnia.
  4. Tempoh masa lawatan ialah selama 4 jam, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1 petang. Pelawat hadir tepat pada masa yang ditetapkan.
  5. Hantar borang permohonan melalui emel atau faks kepada: suriani.khalif@moe.gov.my atau fakskan ke 03-40268281 selewat-lewatnya 3 minggu sebelum lawatan.
  6. Berikut adalah syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang lawatan di GENIUS Kurnia:
    • Sila mematuhi kod etika pemakaian di premis agensi kerajaan.
    • Tidak membawa sebarang makanan atau minuman luar.
    • Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar-gambar kanak-kanak di GENIUS Kurnia tanpa kebenaran yang bertulis daripada ibu bapa.
    • Pelawat tidak dibenarkan mengambil mana-mana item (cth buku) dari GENIUS Kurnia kecuali nota atau risalah yang disediakan.
    • Tidak dibenarkan mengganggu sesi intervensi.
  7. Sebarang tindakan berikut perlu mendapatkan kebenaran Pengarah GENIUS Kurnia:
    • Maklumat kakitangan GENIUS Kurnia
    • Maklumat sulit (contoh: data kemasukan kanak-kanak, status sosio ekonomi keluarga) GENIUS Kurnia
    • Menjalankan aktiviti atau intervensi yang berlawanan dengan amalan di GENIUS Kurnia (contoh: memberi supplements, ubatan, atau teknik intervensi yang tidak dipraktikkan di GENIUS Kurnia
  8. Pelawat perlu menandatangani borang perjanjian sebelum memulakan lawatan mereka di GENIUS Kurnia.
 
*Borang permohonan lawatan boleh dimuat turun di sini:
 
Font Resize
Contrast