
Pengenalan
- Suatu keadaan yang mana seseorang sama ada tidak mendengar keseluruhan bunyi, separuh atau mendengar bunyi bising tertentu.
- World Health Organization (WHO, 2020) menganggarkan seramai 5% populasi dunia atau 466 juta individu di dunia mengalami masalah pendengaran. Seramai 34 juta dalam jumlah ini ialah kanak-kanak. (bawah umur 19 tahun)
- Individu masalah pendengaran dikatakan mengalami kehilangan pendengaran apabila mereka tidak dapat mendengar bunyi pada tahap 25dB (kekuatan bunyi).
- Individu masalah pendengaran juga dikenali sebagai golongan pekak.
- Pendaftaran Orang Kurang Upaya di Malaysia pada tahun 2017 mendapati 706 orang kanak-kanak () mengalami masalah pendengaran.
- Seramai 4,072 murid masalah pendengaran di sekolah kerajaan pada tahun 2019 (Bahagian Pendidikan Khas).
Kisah kami
Jenis Kehilangan Pendengaran
- Telinga manusia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu telinga luar, tengah dan dalam.
- Setiap bahagian telinga yang terjejas ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran iaitu:
- konduktif,
- sensorineural atau
- campur

Gambar 1: Bahagian telinga manusia
Konduktif
Bahagian telinga terjejas ialah telinga luar dan telinga tengah yang mana:
- Salur telinga tersumbat dengan cecair telinga
- Kerosakan saluran telinga dan bahagian telinga tengah
- Kehilangan pendengaran bersifat sementara tetapi boleh menjadi semakin teruk
Sensorineural
Bahagian telinga terjejas ialah telinga dalam yang mana:
- Berlaku kecederaan dan kerosakan di koklea atau laluan saraf pendengaran ke otak
- Kehilangan pendengaran kekal
- Kekuatan dan kejelasan bunyi semakin kurang didengari
Kehilangan Pendengaran Campuran
Bahagian telinga terjejas ialah telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
Kekuatan dan kejelasan bunyi semakin kurang didengari.
Tahap Kehilangan Pendengaran
Bunyi diukur berdasarkan kekuatan bunyi dan frekuensi.
Ukuran kekuatan bunyi menggunakan unit decibels (dB), manakala frekuensi atau getaran bunyi diukur menggunakan unit hertz (Hz).
Kanak-kanak yang mempunyai pendengaran normal boleh mendengar bunyi perlahan dari 20dB.
- Sukar mendengar bunyi perbualan yang perlahan seperti berbisik
- Sukar mendengar bunyi persekitaran yang perlahan seperti desiran daun dan bunyi air yang menitis
- Masih boleh mendengar jika persekitaran tidak bising dan sumber bunyi jelas
- Sangat sukar mendengar bunyi perbualan yang biasa di restoran dan pejabat.
- Sukar mendengar bunyi kicauan burung, muzik latar dan unit penyaman udara sejauh 100 kaki.
- Tidak dapat mendengar bunyi perbualan dan percakapan biasa.
- Menunjukkan respon terhadap bunyi kuat seperti pengisar makanan, vacuum cleaner, bunyi hentakan pintu atau hon kenderaan besar seperti lori
- Tidak mendengar walaupun bunyi yang sangat kuat seperti letupan dan guruh
















Pengesanan Kehilangan Pendengaran
Seorang bayi yang baru lahir mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah pendengaran. Pada usia tertentu sepatutnya pencapaian perkembangan pendengaran perlu dicapai oleh kanak-kanak.

Semasa Baru Lahir
Menunjukkan reaksi terkejut apabila mendengar bunyi kuat tiba-tiba

3 Bulan
Bayi akan mula mengenali suara ibu bapa

6 Bulan
Bayi boleh mengerakkan kepala dan mata ke arah sumber bunyi yang didengarinya

12 Bulan
Bayi boleh meniru perkataan dan menghasilkan perkataan mudah seperti mama, bye-bye
Apabila bayi semakin membesar antara tanda-tanda kehilangan pendengaran yang ditunjukkan ialah:
Proses Saringan dan Diagnosis
Mengapa saringan awal perlu dilakukan?
Pada usia 1 hingga 3 tahun, kemahiran pertuturan dan bahasa seorang kanak-kanak berkembang pesat.
Oleh itu, ujian saringan merupakan langkah pertama dalam mengenal pasti tahap kehilangan pendengaran bayi. Tanpa ujian saringan, bayi atau kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran akan lambat menerima diagnosis. Seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan ketinggalan dalam kemahiran bahasa, sosial dan akademik.
Langkah-Langkah Saringan dan Diagnosis

Proses Saringan Awal

Rujukan Untuk Penilaian Lanjut

Dianogsis Kehilangan Pendengaran
- Pegawai Pemulihan Perubatan Pendengaran (Ahli Audiologi) akan menjalankan ujian pendengaran dengan mendalam dan mengesahkan masalah pendengaran yang dihadapi bayi.
- Pakar Perubatan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) pula akan mengenal pasti punca serta memberi cadangan rawatan khusus bagi bayi atau kanak-kanak.
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) akan menilai supaya intervensi awal boleh dijalankan.
Intervensi Awal
Apabila kanak-kanak menerima diagnosis kehilangan pendengaran, intervensi awal perlu dimulakan secepat mungkin.
Intervensi awal terdiri daripada:
Sesi Terapi Pendengaran
Sesi terapi pendengaran oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Audiologi) menilai, memilih dan mencadangkan alat bantu pendengaran pada kanak-kanak.
Memberi khidmat nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran kepada ibu bapa atau penjaga.
Menjalankan latihan auditori bagi kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran.
Alat Bantu Pendengaran / Assistive Listening Devices dan Koklea Implan
Seseorang kanak-kanak bermasalah pendengaran disaran menggunakan:
- Alat bantu pendengaran atau;
- Menjalani koklea implan
- Membantu kanak-kanak untuk mendengar dengan menguatkan bunyi di persekitaran
- Dicadangkan sekiranya alat bantu pendengaran tidak dapat membantu masalah pendengaran secara optimum
- Merupakan alat perubatan yang menggantikan fungsi telinga yang rosak (koklea) melalui suatu pembedahan implan.
- Mengganti fungsi bahagian dalam telinga yang rosak untuk menghantar isyarat bunyi kepada otak
FAKTA
Semakin awal bayi atau kanak-kanak menerima intervensi awal, semakin awal mereka menunjukkan perkembangan pertuturan, bahasa dan kemahiran belajar berbanding bayi atau kanak-kanak yang tidak atau lewat menerima intervensi.
Direktori Servis Kanak-Kanak Masalah Pendengaran
Persekutuan Orang Pekak Malaysia
No.3A-12, Staircase 3,
Menara KLH, Bandar Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor, MALAYSIA
Tel: +603 8070 9308
Fax: +603 8076 1090
Emel: infomfd@gmail.com
www.mymfdeaf.org
Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia
No. 25A, Jalan Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: +603 9287 0739
Emel: cuedspeechnsd@gmail.com / cuedspeech@nsd.org.my
www.nsd.org.my
Pegawai Pemulihan Pendengaran Pertuturan (Ahli Terapi Pertuturan) dan Pegawai Pemulihan Perubatan Pendengaran (Ahli Audiologi)
*Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta di bandar-bandar utama