
Pengenalan
- Masalah penglihatan adalah suatu keadaan dimana seseorang individu menjadi buta atau mengalami penglihatan yang terhad.
- Kehilangan keupayaan ini tidak boleh dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap, ubat atau pembedahan.
- Seramai 2.2 billion penduduk dunia mempunyai masalah penglihatan (World Health Organization, 2019).
Kisah kami
Kategori masalah penglihatan
- Buta
- Tahap penglihatan kurang 3/60 walaupun telah menjalani rawatan atau memakai cermin mata
- Penglihatan Terhad
- Jarak penglihatan pendek berbanding penglihatan normal
- Tahap penglihatan selepas pembetulan kurang daripada 6/18 sehingga 3/60
Pengesanan Kehilangan Penglihatan
- Bayi yang lahir dan kelihatan sihat tanpa kecacatan fizikal masih perlu dipantau perkembangan mereka. Antara aspek perkembangan yang perlu dipantau termasuklah daya penglihatan.
- Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah ini. Peranan ibu bapa, penjaga dan guru amat penting untuk mengenal pasti kekurangupayaan ini.
- Pada kebiasaannya, sejak usia 3 bulan bayi boleh mengikut pergerakan objek di hadapan mereka. Perhatikan sekiranya keadaan mata, tingkah laku atau aduan berikut berlaku.

Keadaan Mata
- Mata tidak selari dan kelihatan melilau
- Terdapat tompokan putih pada anak mata
- Pergerakan mata yang terlalu cepat (berkedip-kedip)
- Mata berair atau bernanah
- Kurang tindak balas terhadap cahaya atau terlalu sensitif pada cahaya
- Sukar melihat pada waktu malam

Tingkah laku
- Memegang objek pada jarak terlalu dekat untuk melihat
- Kerap menggosok mata
- Kerap terlangar objek atau terjatuh
- Mengelak aktiviti yang perlu penglihatan dekat seperti membaca atau penglihatan jauh seperti membaling bola

Aduan Anak
- Tidak selesa (mata kering, pedih, mata letih)
- Sakit kepala
- Mata kabur (samar-samar)
- Sakit mata
- Memberitahu tidak nampak imej atau nampak dua imej pada satu objek
Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik berdekatan

"Blind people are just like seeing people in the dark.The loss of sight does not impair the qualities of mind and heart"
Langkah-Langkah Saringan dan Dianogsis
Proses Saringan
- Pemeriksaan penglihatan semasa bayi baru lahir atau semasa pemeriksaan kesihatan secara berkala.
- Saringan turut dilakukan jika bayi dan kanak-kanak mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah penglihatan.
- Kanak-kanak akan dirujuk kepada Optometris dan Pakar Mata (Oftalmologi) sekiranya terdapat tanda-tanda mereka mungkin mengalami masalah penglihatan.
Diagnosis
- Pakar Oftalmologi akan menjalankan pemeriksaan dan seterusnya membuat diagnosis untuk menentukan sekiranya kanak-kanak mengalami masalah penglihatan.
















Personel yang terlibat dalam Intervensi awal terdiri daripada:
Ahli Optometri
- Menilai pembetulan penglihatan yang diperlukan oleh kanak-kanak seperti cermin mata khusus
- Kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga diajar cara menggunakan alat bantuan serta penjagaan
- Menyediakan kanta pembesar kepada individu yang mengalami masalah penglihatan terhad
Ahli Terapi Carakerja
- Membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak dengan mengajarkan mereka cara menggunakan deria yang lain
- Pengajaran orientasi dan mobilti untuk kanak-kanak bergerak secara berdikari
Ahli Terapi Pertuturan
- Menyokong dan memaksimumkan perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak
Guru Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- Memberi pendidikan kepada kanak-kanak dan keluarga seperti praakademik dan braille menerusi Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
Direktori Servis Kanak-Kanak Masalah Penglihatan
PERSATUAN
Malaysian Association For The Blind Persatuan bagi Orang Buta Malaysia
Kompleks MAB, Jalan Tebing,
Off Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Kuala Lumpur,Malaysia.
Tel: 03-22722677
Fax: 03-22722676
Emel: enquiry@mab.org.my
www.mab.org.my
Malaysian Association For The Blind Persatuan bagi Orang Buta Malaysia
Kompleks MAB, Jalan Tebing,
Off Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Kuala Lumpur,Malaysia.
Tel: 03-22722677
Fax: 03-22722676
Emel: enquiry@mab.org.my
www.mab.org.my
Development Organization for the Blind Malaysia
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia
No.21M, Jalan Tun Sambanthan 4,
50470 Brickfields,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2274 1212
Fax: 03-2272 1643
Emel: ppobmalaysiahq@gmail.com
http://ppobm.org.my/
Malaysian Foundation for the Blind (MFB) Yayasan Orang Buta Malaysia
58A, Jalan Padang Belia Off Jalan Tun Sambanthan,
50470 Brickfields,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603–22766616
Fax: +603–22766919
Emel: enquiry@mfb.org.my
www.mfb.org.my
St. Nicholas’ Home Penang
4, Jalan Bagan Jermal,
10250 Pulau Pinang,
Malaysia.
Tel: 04-229 0800
Fax: 04-227 8590
Emel: info@snh.org.my
snh.org.my