
Pengenalan
- Palsi serebrum atau Cerebral Palsy adalah keadaan yang menjejaskan kawalan dan pergerakan otot. Palsi serebrum disebabkan kecederaan pada otak yang berlaku sejak lahir yang akan menjejaskan pergerakan.
- Kecederaan berlaku mungkin disebabkan oleh:
- jangkitan semasa dalam kandungan seperti Rubella, atau
- kekurangan oksigen semasa bayi dilahirkan.
- Genetik juga boleh menyebabkan Palsi Serebrum berlaku tetapi sangat jarang berlaku.
- Tahap palsi serebrum berbeza bagi setiap kanak-kanak. Ada kes tertentu yang hanya menjejaskan sedikit sahaja keupayaan fizikal, manakala sesetengah kes yang lain menyebabkan keupayaan fizikal terjejas dengan teruk.
Kisah kami
Jenis Palsi Serebrum
Terdapat empat kategori Palsi Serebrum:
- Atetoid atau Diskinetik
- Ataksik
- Spastik
- Monoplegia
- Hemiplegia
- Diplegia
- Quadriplegia
Palsi Serebrum yang menjejaskan kedudukan badan dan mengakibatkan pergerakan yang tidak terkawal.
Palsi Serebrum yang menyebabkan pergerakan tersekat dan terhentak. Selain tu, palsi serebrum ini menjejaskan keseimbangan badan dan pertuturan individu.
Sejenis palsi serebrum yang paling kerap berlaku. Otot-otot badan menjadi kaku dan lemah. Palsi Serebrum jenis Spastik terbahagi kepada :

Gambar 1: Jenis-jenis Palsi Serebrum dan penerangan ringkas
Ciri-Ciri Palsi Serebrum

Bayi
- Otot terasa keras
- Kawalan otot yang sangat lemah
- Lebih gemar menggunakan satu bahagian badan sahaja
- Bayi kelihatan “lembik” apabila diangkat atau didukung
- Kesukaran untuk mengangkat kepala apabila dalam keadaan meniarap
- Perkembangan yang lewat seperti tidak boleh duduk apabila sudah menjangkau 9 bulan
- Kesukaran mengawal otot mulut seperti air liur meleleh, sukar untuk menelan dan menghisap

Kanak-kanak
- Pergerakan perlahan dan seperti menggeliat
- Kelewatan dalam perkembangan pertuturan
- Sukar berjalan apabila menjangkau usia 18 bulan
- Otot kaku dan refleks berlebihan (kekejangan)
- Kekurangan keseimbangan dan koordinasi otot (ataxia)
- Pergerakan kelihatan sentiasa menggeletar tanpa disengajakan (tremor)
- Perkembangan motor halus yang lewat seperti menggenggam, mencapai, memicit, memulas dan sebagainya.
- Selesa menggunakan satu sisi bahagian badan, seperti menggapai dengan satu tangan atau menyeret sebelah kaki semasa merangkak
















Proses Saringan dan Diagnosis
- Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum lazimnya menerima dianogsis pada tahun pertama kelahiran. Ada dalam kalangan mereka mungkin menerima dianogsis pada usia 2 hingga 3 tahun. Doktor akan memantau perkembangan kanak-kanak seperti duduk, merangkak dan berjalan.
- Ibu bapa yang bimbang mengenai perkembangan anak digalakkan merujuk doktor keluarga atau pakar kanak-kanak. Doktor akan memeriksa refleks, postur, pergerakan dan muscle tone anak.
- Disamping membuat pengesahan palsi serebrum, doktor juga akan membuat beberapa penilaian lain seperti ujian darah dan saringan perkembangan untuk mengenal pasti sekiranya kanak-kanak mengalami isu perkembangan dan masalah kesihatan.
Pengesahan Diagnosis Cerebral Palsy
Intervensi Awal
Apabila kanak-kanak menerima diagnosis palsi serebrum, intervensi awal perlu dimulakan secepat mungkin.
Perkhidmatan Intervensi Awal
Perkhidmatan Intervensi Awal

(Occupational Therapy)
- Mengenal pasti kemahiran asas seperti sensori motor, kognitif, pengurusan diri, kemahiran praakademik, bermain, dan psikososial kanak-kanak.
- Merancang dan menjalankan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak.
- Mencadangkan alat bantuan yang sesuai dan latihan penggunaan alat bantuan seperti wheelchair dan tongkat.
- Menjalankan program intervensi di rumah serta sokongan kepada kesediaan kemahiran prasekolah kanak-kanak.

(Physiotherapy)
- Menjalankan penilaian perkembangan kanak-kanak.
- Mengajar kanak-kanak dan penjaga untuk melakukan pergerakan badan seperti mengawal refleks, mengerakkan kepala, duduk dan bergolek.
- Menjalankan senaman untuk mengurangkan risiko otot menjadi pendek. Apabila otot menjadi pendek, pergerakan menjadi semakin sukar.

(Speech Therapy)
Kesukaran mengerakkan otot di bahagian muka dan mulut menyebabkan kanak-kanak palsi serebrum mengalami masalah dalam bertutur dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Terapi pertuturan membantu kanak-kanak untuk:
- melancarkan pertuturan, kejelasan sebutan dan menambah baik sistem artikulasi;
- membantu kemahiran komunikasi sosial kanak-kanak, dan
- mengajar penggunaaan alat bantuan komunikasi seperti Augmentative/Alternative Communication (AAC), Picture Exchange Communication System (PECS) dan lain-lain.
FAKTA
25 Mac merupakan Hari Palsi Serebrum Sedunia

Direktori Servis Kanak-Kanak Palsi Serebrum
Malaysian Advocates for Cerebral Palsy
No. 4 USJ 3/4X,
USJ 3 47600 Subang Jaya,
Selangor, MALAYSIA
Emel: mycp1malaysia@gmail.com
www.facebook.com/mycpmalaysia/
Hospital Rehabilitasi Cheras
Jalan Ya'acob Latif,Cheras,
56000 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel : 03-9145 3400
Emel: hrc_info@moh.gov.my
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)