Pendaftaran OKU

Orang Kurang Upaya

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat"

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Pendaftaran OKU didaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tujuan individu berkeperluan khas digalakkan untuk mendaftar untuk mengetahui jumlah individu berkeperluan khas mengikut kategori di Malaysia
  • Maklumat ini membolehkan kerajaan merancang perkhidmatan dan kemudahan untuk keperluan individu OKU. Manakala bagi individu OKU yang telah berdaftar, mereka akan menerima pelbagai perkhidmatan.
  • Pendaftaran OKU tidak diwajibkan dan terletak di tangan ibu bapa atau penjaga.Ibu bapa hendaklah mempertimbangkan masa depan anak dan sedar bahawa peruntukan daripada kerajaan mengambil kira statistik pendaftaran.
  • Menerusi statistik pelbagai perancangan untuk memperkasakan perkhidmatan kepada individu berkeperluan khas sukar dilakukan sekiranya ibu bapa ragu-ragu atau enggan melakukan pendaftaran rang. Pendaftaran OKU bukan bertujuan mendiskriminasi individu berkeperluan khas. OKU card will not lessen or increase your child's disabilities.
kelebihan_pemegang_kad_oku-01
Kit Ibu Bapa