Pertumbuhan dan Perkembangan

 

Mengapakah perkembangan kanak-kanak itu penting ?

Perkembangan kanak-kanak berlaku sejak lahir sehinggalah dewasa. Perkembangan ini melibatkan perubahan fizikal, bahasa, intelektual dan emosi. Pada masa peringkat awal, kanak-kanak akan bergantung kepada ibu bapa atau penjaga sehinggalah mampu berdikari.

Perkembangan kanak-kanak sangat dipengaruhi dengan faktor genetik, persekitaran dan kapasiti pembelajaran mereka. Maka, Ibu bapa dan penjaga perlu menjalankan pemerhatian terhadap perkembangan anak mengikut tahap perkembangan atau developmental milestones.

Pengesanan awal terhadap kelewatan perkembangan dapat membantu mengenal pasti isu dan diagnosis kanak-kanak. Seterusnya mengurangkan jurang kemahiran kanak-kanak menerusi intervensi awal.

 

Kenali lebih lanjut pertumbuhan dan perkembangan anak anda :


Perkembangan Kanak-kanak: 1 Bulan Hingga 3 Bulan
  1. Boleh mengenali bunyi
  2. Mula tersenyum dan ketawa
  3. Mampu mengangkat kepala dan bahu
  4. Bertindak balas dengan bunyi yang kuat
  5. Akan menggenggam jika tangan disentuh
  6. Suka melihat objek yang cerah dan bergerak
  7. Mahu melangkah ketika kaki mencecah lantai
  8. Mula mengagah dan mengeluarkan bunyi "oohh" dan "aahh"


Perkembangan Kanak-kanak: 4 Bulan Hingga 6 Bulan
  1. Boleh menggenggam objek
  2. Mula menjulur dan berguling
  3. Boleh duduk sebentar tanpa disokong
  4. Meniru bunyi yang didengari atau babbling
  5. Suka memasukkan benda asing ke dalam mulut
  6. Sukakan pergerakan seperti henjutan, ayunan dan goyangan


Perkembangan Kanak-kanak: 7 Bulan hingga 12 Bulan
  1. Mula belajar bertatih
  2. Boleh mengangkat kepala
  3. Boleh melambai ‘bye-bye’
  4. Boleh duduk secara berdikari
  5. Lebih kerap merangkak dan berguling
  6. Mula bermain baling bola bersama orang lain
  7. Mula mencapai barang dengan tangan dan kaki
  8. Mula menunjukkan keinginan sendiri (nak objek)
  9. Memberi respon kepada permainan "cak-cak" (peek-a-boo)
  10. Mula membebel dan menggabungkan bunyi suku kata ("mama" dan "papa")


Perkembangan Kanak-kanak: 1 Tahun ke 2 Tahun
  1. Mula menconteng kertas
  2. Boleh menari dengan muzik
  3. Mula menggunakan garfu dan sudu
  4. Mula menunggang basikal roda tiga
  5. Mula meniru aktiviti harian yang dilihat
  6. Boleh berdiri seketika dengan sebelah kaki
  7. Boleh membina menara menggunakan blok
  8. Mula melontar, menendang dan menangkap bola
  9. Mula memahami sekitar 50 patah perkataan rutin
  10. Boleh berinteraksi dan memahami perkataan mudah
  11. Boleh berjalan, menaiki tangga dan berlari secara berdikari


Perkembangan Kanak-kanak: 2 Tahun ke 4 Tahun
  1. Mula mengenal nama rakan
  2. Sentiasa bertanya "mengapa"
  3. Boleh memahami arahan ringkas
  4. Boleh menahan membuang air kecil
  5. Boleh menunggu giliran dengan rakan
  6. Berkeinginan untuk belajar perkara baru
  7. Mula bermain secara interaktif dengan rakan
  8. Boleh memberikan tumpuan bagi tugasan mudah
  9. Mula melukis bulatan, menamakan, dan mengkelaskan objek
  10. Boleh memakai dan menanggalkan pakaian kecuali butang dan tali
  11. Mula berdikari mengurus diri (basuh tangan, gosok gigi, sikat rambut, dll)


Perkembangan Kanak-kanak: 4 Tahun dan keatas
  1. Banyak bertanya soalan
  2. Boleh berpakaian secara berdikari
  3. Mengaitkan bentuk dengan objek sebenar
  4. Mengecam dan membaca abjad dan nombor
  5. Mula mengecam perkataan dan bunyi perkataan
  6. Mula menggunakan alat tulis (gunting, gam, berus, dll.)
  7. Boleh memberikan tumpuan dalam tempoh lebih lama
  8. Mula melakukan kerja rumah (menyapu, menyimpan, dll.)
  9. Boleh melakukan pergerakan sukar seperti menjengket, jalan beruang, lompat kijang, dll.
  10. Mula bermain secara interaktif dengan rakan seperti menari, menyanyi, main peranan, dll.

Kit Ibu Bapa
Font Resize
Contrast