
Pengenalan
- World Health Organization menganggarkan setiap tahun 3000- 5000 bayi yang lahir mengalami Sindrom Down (2019).
- Suatu keadaan genetik disebabkan lebihan kromosom nombor 21 dalam sel kanak-kanak
- Lazimnya individu hanya mempunyai sepasang sel tetapi kanak-kanak Sindrom Down akan mempunyai 3 salinan kromosom. Sindrom Down juga dirujuk sebagai Trisomy 21.
- Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang mudah dikenali pada bahagian wajah, kaki dan tangan.
Kisah kami
Ciri-Ciri Fizikal
Bahagian badan
Ciri-ciri
Muka dan Leher
- Mata serong ke atas
- Kepala & leher pendek
- Lidah terjelir keluar
- Telinga kecil
- Tompok putih pada iris mata
- Wajah rata dengan hidung kemek

Gambar 1: Ciri-ciri wajah kanak-kanak Sindrom Down
Tangan dan Kaki
- Jari gemuk dan pendek
- Garisan lurus (simian cease) pada tapak tangan
- Terdapat jarak antara ibu jari kaki dengan jari kaki kedua

Gambar 2: Ciri-ciri tangan dan kaki kanak-kanak Sindrom Down
Ciri-ciri lain
- Otot-otot badan lemah & lembik (hypotonia)
















Sindrom Down
Penyakit
Penyakit atau Sindrom ?Keadaan pada tubuh badan yang menganggun fungsi dan proses fisiologi tubuh. Setiap penyakit mempunya tanda dan simptom dan rawatan. Tiada punca khusus terjadinya sindrom.
SindromSuatu istilah untuk menjelaskan sekumpulan simptom yang terjadi. Sindrom tidak mempunyai punca yang tertentu.
Sindrom Down dikenalpasti oleh Dr. John Langdon Down pada tahun 1862. Beliau mula mengesan ciri-ciri khusus sindrom ini dalam kalangan penduduk pada masa itu.
Prosedur Saringan dan Diagnosis

- Imbasan ultrasound semasa dalam kandungan pada 10 bulan ke atas
- Ujian sampel darah ibu
- Ujian pengesanan diagnosis Pengambilan air ketuban pada usia kandungan 15-18 minggu
Semasa kandungan

Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal pada bayi selepas lahir
Ujian darah dilakukan untuk mengesan kehadiran kromosom tambahan membuat pemeriksaan fizikal dan menguji darah bayi untuk mengesan kehadiran kromosom tambahan
Selepas kelahiran
Perkhidmatan Intervensi Awal
Program intervensi awal untuk kanak-kanak Sindrom Down dan keluarga melibatkan maklumat, sokongan dan dorongan. Ibu bapa akan mempelajari strategi intervensi awal bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan perkembangan anak mereka.
Terapi pertuturan

- Membantu menguatkan otot bahagian muka seperti bibir, lidah, rahang muka bagi membolehkan bayi menyusu
- Membantu kemahiran komunikasi awal termasuk pertuturan dan bahasa
Terapi cara kerja

- Mengalakkan kanak-kanak berdikari dalam kemahiran adaptif atau pengurusan diri seperti makan, latihan ke tandas, berpakaian
- Terapi carakerja untuk membantu kemahiran praakademik dan motor halus
Terapi Fizikal

- Fokus meningkatkan kekuatan motor dan mengurangkan masalah berkaitan pergerakan
Rujukan
- Facts about Down Syndrome. https://www.cdc.gov/ncbddd/birthdefects/downsyndrome.html. National Center on Birth Defects and Developmental Disabilities, Centers for Disease Control and Prevention 2019
- Syndromes and Diseases. https://www.acsedu.co.uk/Info/Recreation-and-Fitness/Health/Syndromes-and-Diseases.aspx.2020
Direktori Servis Perkhidmatan Kanak-Kanak Sindrom Down
Yayasan Kiwanis Sindrom Down
Lot 13490 Jalan Jenjarum, Off SS23/1
Taman Sea, 47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: +603 78030179
Faks: +603 78064862
Emel: info@kdsf.org.my
www.kdsf.org.my