Apa itu M-CHAT-R?
M-CHAT-R adalah alat ujian saringan yang diisi oleh ibu bapa atau penjaga untuk mengenal pasti tanda-tanda awal autisme pada kanak-kanak.
Kenali M-CHAT
- Terdapat 20 soalan mengenai tingkah laku kanak-kanak.
- Mengenal pasti kanak-kanak yang menunjukkan kelewatan perkembangan dan tanda-tanda awal autisme pada usia 16 bulan dan 30 bulan.
- Diisi oleh ibu bapa atau penjaga dan skor M-CHAT-R akan dinilai oleh Pegawai Perubatan.
- Pemeriksaan dicatatkan dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak (0-6 tahun) dan digunakan semasa pemeriksaan rutin pediatrik.
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Klinik Kesihatan berdekatan.

Adakah skor anak saya berisiko untuk autisme?
- Berjumpalah dengan mana-mana doktor di Klinik Kesihatan.
- Cetak keputusan M-CHAT dan berikan pada Doktor untuk penilaian lanjut.
- Jika perlu Doktor akan merujuk anak kepada Pakar Kanak-Kanak/ Pakar Kesihatan Keluarga dan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja.
Laman Web
Cetak
Muat turun The Modified Checklist for Autism in Toddlers - Revised (M-CHAT-R) DI SINI